Tuesday 19 March 2013

Cherish The Love : Part One


Part One : Mind the Time


“ Kringgggggggggg, Kringgggggggggggggggg” Alarm clock aku berbunyi , memecah kesunyian pagi 


“Tapp” aku menutup alarm clock yang tepat menunjukkan pukul 5.00 pagi .



Sejuk . 

Aku pun bergegas mencapai tuala yang tersidai di atas kerusi .

 Aku mencapai handphone aku yang terletak di atas  meja . 


2 New Messages 



1 mesej dari hotlink dan satu lagi dari kamal , member rapat aku . 



“ Salam Danny , mcm mana surprise untuk Diana ? Jadi kan ?” 



Diana.. aku tersentak . Calendar phone jelas menunjukkan 14 March  .  Hari ini, birthday Diana .


“ jadi.. macam yang kita rancang” aku balas mesej Kamal dan terus masuk bilik air . 


Sedang aku berus gigi , entah macam mana aku tercampak berus tu . 

Aku kutip , cuci muka terus mandi . 



Selesai solat Subuh, aku terpandang sebuah kotak hadiah dekat tepi katil . 

Hadiah untuk Diana , Seutas jam tangan yang aku beli semalam dekat KLCC . 



Aku bukanlah orang yang banyak duit , sebagai seorang freelance photographer.. Gaji aku yang tak menentu terpaksa dibahagikan untuk bayar sewa apartment , Bil air , bil api , kos baiki equipment aku . 



Aku harap dia suka hadiah ini . Semoga lepas ni , dia tak lagi lambat datang date macam biasa .

Aku capai wallet , kunci apartment dan naik lif turun bawah . 
Macam ni lah rutin harian aku bila tak ada project .

Sewaktu aku melintas Jalan nak ke restoran mamak sebelah apartment , aku ternampak 2 orang lelaki tengah punggah barang dari lori berhampiran blok apartment aku . 


Orang baru pindah masuk kot , aku tamatkan persoalan di minda .





“ macam biasa boss ?” Tanya pekerja mamak yang dah lali hadap muka aku . 

“ Ya “ aku balas sambil menyelak surat khabar yang aku ambil dari meja sebelah . 


Tak sampai 5 minit lepas tu , Teh Tarik Dengan Roti Telur dihidangkan dekat meja aku . 

Ni yang aku suka pasal kedai mamak , cepat je dapat makanan .

 Tapi paling aku menyampah kalau ramai customer , Lambat benar nak ambil order . 



Aku capai phone, terus call Kamal . 



“ ehm , Assalamualaikum bro . Macam mana ? Dah siap setting tempat ? Kejap lagi aku nak jemput Diana  



“ Waalaikumsalam , Semua dah settle . Tinggal tunggu birthday girl untuk tersuprise je . hehe  



“ Orait, Thank you . Nanti aku dah nak dekat sampai aku sms” . 



Tak adalah surprise mana pun yang aku rancang . Simple je , setakat kejutan kecil-kecilan dekat rumah Kamal . Semalam dah janji dengan Diana , pukul 2 petang aku akan jemput dia dekat rumah . 



Aku balik apartment aku , Siapkan diri pakai kemas-kemas . Waktu nak keluar tu , 

Aku perasan ada kotak-kotak barang dekat rumah sebelah . 



Lah , bakal jiran aku ke rupanya yang tadi tu . 

Tak apalah, nanti-nanti je aku bertegur sapa ,  dah lambat dah ni .


Sampai dekat parking lot, aku tercari-cari proton satria 1.6 putih aku . 
mana pulak dah , takkan lah kena bawak lari kot . 


Ha , tu pun . tersorok sebalik proton Exora , cis tahulah kereta aku comel .

Satu kali start “ eeeekkkkkkk…. “ Dua kali start “ ekkkkkkkkk…. “ Tiga kali… “ eeekkkkkkkk..vummm “ 

Fuh boleh pun start.. dah apahal pulak kereta aku ni . takkanlah dah problem kot , aduh .
Aku terus memecut laju . Sampai dekat traffic light 5km dari apartment aku , Baru aku sedar . 

Hadiah Diana tertinggal dekat atas meja . Aku buat U-Turn , terus pecut balik apartment .

Sampai je di depan rumah Diana , aku bunyikan hon sekali . 


Call phone Diana , masuk voicemail . hmm, mana pulak dia ni . Aku pun tunggu jelah depan rumah dia .



Jam menunjukkan pukul 2.45 Petang . 



Phone aku berbunyi , lagu Plain white T’s .


“ hello Danny , ha dekat mana kau ? Jauh lagi ke ? “ 


“ Hello . Aku dekat depan rumah Diana ni . Tak tahu dia pergi mana , phone tak angkat . Rumah tak ada orang pulak . hmm “ 



“ La, yeke . agak-agak jadi tak ni ? “



“ Entahlah.. Apa-apa hal aku mesej kau . Kau lepak jela dulu dengan Syikin dekat sana” 



“ Tennn ! “ Bunyi hon dari arah belakang . Eh tu makcik Rose , mak Diana .

Aku undur ke belakang dan parking kereta di tepi jalan . 


  Assalamualaikum , makcik . Diana ada dekat rumah tak ? “ 



“ Waalaikumsalam , lah Danny . Makcik baru je hantar Diana ke rumah collegeMate dia . Ada Kerja katanya . kenapa ya ?” 



“ Tak ada makcik , Harini kan hari jadi dia . Saya dah janji nak bawa dia keluar . kenapa dia tak angkat handphone eh makcik ? ” 



“ Lah yeke… makcik tak tahu pun pasal tu . Handphone dia , pagi tadi terjatuh . Habis pecah skrin sesentuh dia tu . ni yang tadi makcik keluar beli  barang dapur, beli sekali handphone untuk dia . “



“ Macam tu ke.. aduh . Tak apalah makcik . Ni , meh saya tolong angkatkan barang-barang dapur ni .”



“ Haa, Elok sangatlah tu Danny . Terima Kasih ya . Nanti kalau Diana telefon, makcik bagitahu dia ya. “




Lepas dari tolong makcik rose angkat barang , aku terus bergegas ke rumah Kamal . Aku Nampak Syikin tengah main dengan adik Kamal . 


“ Syikin, mana Kamal ? “ 



“ Ada dekat dalam tu , ni surprise tak jadi ke ? “ 



“ Nampaknya macam tu lah , Diana tak ada pulak . “



Lepas terdengar suara aku , Kamal pun keluar . “ Ha , apa kes ? “ Aku pun ceritakan jelah segalanya dekat Kamal .. 




“ So, kek aiskrim kau ni nak buat macam mana ? “ Tanya Kamal kepada aku . 



“ Tak apalah, biar aku simpan dulu dekat apartment , mana tahu jumpa dia ke malam nanti . “


“ Diana ni, tak habis-habis menyusahkan Danny . “ Luah Syikin .

“ Haha.. tak apalah syikin , Dia tak sengaja tu… “


“ Sengaja tak sengaja pun, tak boleh ke dia cari alternative lain untuk hubungi kau ? ni tak haihh . tak faham betul aku . Dari dulu, tak pernah nak berubah…  “ 



Syikin dulu sama-sama sekolah menengah dengan Diana.. So, dia lebih kenal Diana dari aku yang baru berhubungan dengan dia selama 2 Tahun . 



Aku kenal Diana ni pun , bukan daripada Syikin . Entah , kebetulan atau jodoh . Waktu tu dia bekerja part time sebagai promoter dekat 1 department jusco ni . Semuanya bermula dari situ…